Agak lama 'aku' tidak update blog...maklumla, tinggal di kampung mana boleh bukak line internet. 01 JULAI 2013, akhirnya terjawab penantian untuk bergelar guru apabila diarahkan melapor diri di PPD berdekatan. Langkah dimula seawal pagi untuk menguruskan semua dokumen dan lapor diri. Jam 11.00pagi perjalanan diteruskan dengan menaiki bas ke kuching.
02/07/2013
Program Orientasi untuk Guru Baharu dimulakan dengan melapor diri di kaunter untuk check in di Htel Merdeka Palace Kuching. Fuhhh!!! mewah gitu. Inilah gambaran hotel yang didiami...seperti rumah. hahahaha. Satu bilik didiami 6 orang...(jumpa kawan2 lama di UUM...excited, miss mereka semua)
Sunday, July 7, 2013
Permulaan Langkahku Bergelar "GURU"
Posted by Miss Diana at 4:38 AM 0 comments
Friday, December 16, 2011
Apa itu Cinta???
1. Komponen pertama - mengambil berat, perasaan kepuasan pihak yang satu lagi adalah sama penting dengan diri sendiri.
2. Komponen kedua - ikatan atau keinginan untuk bersama
3. Komponen ketiga - keintiman yang melibatkan kominukasi yang rapat dan bersifat rahsia.
Cinta tidak boleh lari daripada keghairahan atau cinta ghairah. Ia adalah keadaan asyik yang mendalam terhadap satu lagi pihak, kerinduan terhadap pasangan, kebangkitan fisiologi dan keinginan yang mendalam untuk mendapatkan cinta pasangannya.
Terdapat dua jenis cinta yang mudah untuk kita kenal pasti.
i) Cinta Ghairah
- cinta jenis ini dipengaruhi oleh perasaan yang kuat dimana pasangan "menyerap masuk" ke dalam diri pasangan, sering merindui hingga pasangan kekasih dianggap sebagai segala-galanya dalam hidup. Cinta jenis ini hanya bersifat sementara setelah keperluan untuk bersama dipenuhi. Ia dipengaruhi oleh kebangkitan fisiologikal yang amat sangat.
ii) Cinta Suci
- ini merupakan bentuk yang lebih murni. Ia didefinisikan sebagai perasaan kasih sayang yang kita alami terhadap individu yang paling rapat dalam hidup. Cinta begini memperlihatkan hubungan yang panjang dan berkekalan.
Sumber:
Mohd. Makzan Musa. (2001). Psikologi Sosial: Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur
Posted by Miss Diana at 4:14 AM 0 comments
Sunday, December 11, 2011
Adakah AKu Bersedia???
x terasa sudah 3 tahun lebih sudah menuntut d uum. Hari berganti hari, bulan berganti bulan...kini sudah tiba masanya ke saat penghujung bergelar pelajar d uum. Berdebar2 rasanya....semakin dekat masanya, semakin risau dibuatnya. Semakin berat nak meninggalkan uum yg sudah banyak memberi kenangan pahit dan manis.
Pasti diri ini merindui saat bersama kawan-kawan...roomate, coursemate etc.
Pasti rindu dengan makanan d uum,
Pasti rindu dengan suasana meriah d uum,
Pasti terkenang...pasti mengenang.
Tiba pula satu masa untuk menempuh dunia pekerjaan
sebagai pndidik....
Adakah aku bersedia???
Yakin pada diri, percaya pada hati.
Ilmu itu berguna sepanjang zaman
Dan itulah kerjayaku nnti.
Bukan sahaja mendidik, tapi turut dididik untuk mematangkan diri
semoga berjaya mengharunginya kelak..
dan yang penting supaya dapat posting cepat2...ha3
berkhidmat di bumi Sarawak tercinta...
Posted by Miss Diana at 11:14 PM 0 comments
Tuesday, May 24, 2011
1001 KISAH AKAN BERMULA
24 Mei 2011
Hari nie awal2 pagi sudah packing barang,
angkut pi pantry n utk dibawa pi Perak keesokan harinya.
aduhhh....penat sungguh, lenguh badan...bru 2 kotak je....he3
lepas mandi pegi hantar kunci la pulak, maklumla..nnti kalo lambat kang didenda la pula ye...
tiba2 dpt msg dr kwn, nk bwak pi makan la pula...
kali terakhir makan bersama sem nie...
rasa seronok dpt bkumpul bersama2, makan bersama2, sembang2 kosong...
tapi...terdetak di hati
besok nk pi Perak...x pernah pegi sana
macam mana ye???
nak pratikal di SMK Simpang Taiping...
macam2 yg terdetik di benak fikiran
a) dapat x sewa rumah?
b) macam mana sekolah kat sane ye???ok x guru2 n pelajar2?
c) dapat kah aku mjdi guru yg gred A nie???
harap2 semuanya okay..n masalah pun dapat diselesaikan dengan baik...
doa2 yg terbaik je ye...amen
Posted by Miss Diana at 4:58 AM 0 comments
Friday, May 13, 2011
-Pagi Yg Cerah-
Pagi yang gelap, kini sudah terang....
Aku adikmu.....lalalalaala..
rasa senang dalam hati apabila dah habis exam, tak terasa melalui hari-hari sebagai seorang pelajar universiti. Namun, nak buat apa pula ye....????he3...
Tengok movie, main game, layan facebook je la....ha3
Namun....disebalik kgembiraan, ada lagi yg bakal menunggu....@@@@
RLM???ape benda nie ye????Rncangan Lthan Mengajar...o...itu rupanye..
Semua rakan2 dh balik nnti, balik sarawak negeri kesayangan lagi tu,
tinggallah kami kat sini ye...
Sambutan hari gawai tahun nie mesti meriah punya....rugi nye x balik
tapi,....apakan daya, kena kuatkan semangat untuk menjadi seorg guru...
hati berdebar-debar...pelbagai persoalan menerjah minda..
Adakah aku boleh menjadi seorang bakal guru yang baik???
Adakah aku dpt menjalankan tgs dgn sempurna???
Macam mana erkkk budak2 sekolah tempat aku tu nnti...??
SMK Simpang, Jalan Matang, Taiping Perak..
x prnh g sana nie..he3
Doa2kan lah yg terbaik untuk diri..
dgn kecekalan yg tersemat di dada..
pasti boleh...yakin boleh....
chaiyoookkkk.....bakal2 guru...
Posted by Miss Diana at 6:42 PM 0 comments
Friday, October 22, 2010
exam...exam..!!!
masa yang sukar untuk ku hadapi semakin menghampiri,
biarpun setiap semester mengalami exam, namun hati tetap gementar..
tak tahu kenapa????mengapa???.......terhenti sejenak....
sem nie dah sem yang ke-5 dah...makin hari, makin sukar rasanya paper yang diambik...
fuhhh!!!!..sabar je lar ye...dh namanya mengaji (orang kedah cakap), kenalah sabaq noh...
tahun depan pratikal dah....mampukah aku menjadi seorang guru yang baik....???
amen...ku doakan yang terbaik...semua inginkan yang terbaik kan...
dalam hati bercampur baur....tak sabar ak balik sarawak + tak sabar nak habis exam....
tapi...exam belum pun mula lagi dah terpikir nak balik???memanglar....hu3...
harap-harap tahun nie dapat buat yang terbaik untuk diri dn keluarga tersayang...
merantau di tempat orang bukannya mudah..namun berbekalkan semangat di dada
kekentalan diri untuk terus berjuang mencari ilmu tetap dipertahankan...
doakan yang terbaik....inginkan yang terbaik...
chaiyoo....gabateh...!!!!
Posted by Miss Diana at 9:34 AM 0 comments
Wednesday, October 20, 2010
PerGi yanG takkAn kemBali...
teringat peristiwa 15 Pebruari 2006...aunty kesayangan meninggal dunia...
pergimu kami redhai, namun jauh di sudut hatiku, selalu merinduimu
masih ku ingat...tatkala musim krismas, kita meraikannya bersama-sama..
tidak ku sangka, begitu singkat untuk kita bersama..
Aunty....semoga dirimu berada disisi-Nya Yesus Kristus Bapa di Sorga..
Semoga dirimu ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..
takkan pernahku lupa akan dirimu...anak-anakmu kini kian dewasa
semuanya akan berjaya seperti yang dirimu selalu harapkan dulu...
(always love u....my lately aunty, Atun Labu)
11 Januari 2008....
pemergian abang ipar yg dikasihi mmg tak pernah ku duga....
tersentak diriku saat menerima berita pemergiannya, apatah lagi pada hari tersebut spttnya adalah hari yang paling bahagia bagi diriku, kerna ia merupakan hari lahirku....
Tuhan lebih menyayangimu...namun, jauh di sudut hati, begitu singkat masa untuk dirimu bersama dengan family...
Apatah lagi, saat itu anakmu yang tak mengerti apa erti kehidupan
Kini anakmu dh membesar...tatkala melihat wajahnya, begitu sayu kerna ditinggalkanmu saat masih perlukan kasih sayang seorang ayah...
namun...usah dirimu risau...kakak ku n anakmu kini bahagia dan tak pernah melupakan dirimu...semoga engkau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman....
(kami merinduimu...my lately abang ipar...Jhang @ Ronald Senabong)
29 November 2009
terdetik di hatiku untuk balik ke sarawak....beria-ia untuk balik kampung
tak tahu kenapa....macam ada sesuatu yang berlaku....
ternyata ada hikmah di sebaliknya....
tersentap di hati saat kegembiraab menerpa, tiba-tiba menerima berita yang tak pernah diduga...panggilan telefon dan msg bertubi menerjah hndphone...
kaku seketika..."Oh TUhan....adakah berita ini benar???"...
masih meniti usia yang terlalu muda, namun Tuhan lebih menyayangimu dan menjemputmu ke sana....
namun....saat memandang mummy, daddy, aunty...adik...family dan orang-orang di sekelilingmu...hatiku menjadi sayu....
kejayaan sudah berada di tanganmu, dan dirimu adalah harapan keluargamu....
namun semuanya berkecai....pemergiaanmu sememangnya tak diduga...
begitulah hebatnya kuasa Tuhan,...
Doaku buatku uncle and juga sahabat baik....semoga dirimu berada dalam kalangan orang-orang beriman....amen...
(we love u....Among)
**********pergi yang takkan kembali***********
sayu dihati tiba-tiba menerpa...
namun ku kuatkan diri dan ku berharap agar semua yang ditinggalkan orang tersayang jua akan kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan...
amen....
Posted by Miss Diana at 9:31 AM 0 comments

