BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 16, 2011

Apa itu Cinta???

Cinta


Apakah itu cinta??? Menurut Rubin (1973), cinta terbina daripada tiga komponen iaitu:


1. Komponen pertama - mengambil berat, perasaan kepuasan pihak yang satu lagi adalah sama penting dengan diri sendiri.


2. Komponen kedua - ikatan atau keinginan untuk bersama




3. Komponen ketiga - keintiman yang melibatkan kominukasi yang rapat dan bersifat rahsia.


Cinta tidak boleh lari daripada keghairahan atau cinta ghairah. Ia adalah keadaan asyik yang mendalam terhadap satu lagi pihak, kerinduan terhadap pasangan, kebangkitan fisiologi dan keinginan yang mendalam untuk mendapatkan cinta pasangannya.


Terdapat dua jenis cinta yang mudah untuk kita kenal pasti.


i) Cinta Ghairah


- cinta jenis ini dipengaruhi oleh perasaan yang kuat dimana pasangan "menyerap masuk" ke dalam diri pasangan, sering merindui hingga pasangan kekasih dianggap sebagai segala-galanya dalam hidup. Cinta jenis ini hanya bersifat sementara setelah keperluan untuk bersama dipenuhi. Ia dipengaruhi oleh kebangkitan fisiologikal yang amat sangat.


ii) Cinta Suci


- ini merupakan bentuk yang lebih murni. Ia didefinisikan sebagai perasaan kasih sayang yang kita alami terhadap individu yang paling rapat dalam hidup. Cinta begini memperlihatkan hubungan yang panjang dan berkekalan.



Sumber:


Mohd. Makzan Musa. (2001). Psikologi Sosial: Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur
















Sunday, December 11, 2011

Adakah AKu Bersedia???

x terasa sudah 3 tahun lebih sudah menuntut d uum. Hari berganti hari, bulan berganti bulan...kini sudah tiba masanya ke saat penghujung bergelar pelajar d uum. Berdebar2 rasanya....semakin dekat masanya, semakin risau dibuatnya. Semakin berat nak meninggalkan uum yg sudah banyak memberi kenangan pahit dan manis.

Pasti diri ini merindui saat bersama kawan-kawan...roomate, coursemate etc.
Pasti rindu dengan makanan d uum,
Pasti rindu dengan suasana meriah d uum,
Pasti terkenang...pasti mengenang.

Tiba pula satu masa untuk menempuh dunia pekerjaan
sebagai pndidik....
Adakah aku bersedia???
Yakin pada diri, percaya pada hati.
Ilmu itu berguna sepanjang zaman
Dan itulah kerjayaku nnti.
Bukan sahaja mendidik, tapi turut dididik untuk mematangkan diri

semoga berjaya mengharunginya kelak..
dan yang penting supaya dapat posting cepat2...ha3
berkhidmat di bumi Sarawak tercinta...