Agak lama 'aku' tidak update blog...maklumla, tinggal di kampung mana boleh bukak line internet. 01 JULAI 2013, akhirnya terjawab penantian untuk bergelar guru apabila diarahkan melapor diri di PPD berdekatan. Langkah dimula seawal pagi untuk menguruskan semua dokumen dan lapor diri. Jam 11.00pagi perjalanan diteruskan dengan menaiki bas ke kuching.
02/07/2013
Program Orientasi untuk Guru Baharu dimulakan dengan melapor diri di kaunter untuk check in di Htel Merdeka Palace Kuching. Fuhhh!!! mewah gitu. Inilah gambaran hotel yang didiami...seperti rumah. hahahaha. Satu bilik didiami 6 orang...(jumpa kawan2 lama di UUM...excited, miss mereka semua)
Program dijalankan selama sampai 4 haribulan. Agak penat....tetapi, itulah permulaan cabaran sebagai seorang guru yang tiada noktahnya. Debaran terasa apabila menerima sampul daripada urus setia, dan sah!!! Aku posting di SMK DALAT,MUKAH. Hati kecil berbisik "di mana kah sekolah itu?". Apabila perjumpaan dengan PPD dijalankan aku seorang je bukan melayu....aduhh...xpe2...jumpa kawan baru.

0 comments:
Post a Comment