BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

Apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang???




Alahai......Apa nak jadi???


Sedih melihat apa yang terjadi dengan dunia sekarang.. Saat kita menuju ke arah kemajuan, perikemanusiaan manusia pula hilang. Adakah kita masih lagi berada di zaman jahiliah?? Isu pembuangan bayi ini merupakan salah satu isu moral yang sering berlaku pada masa sekarang.. Entah di mana silapnya? Adakah ibu bapa yang kurang mendidik anak-anak, Adakah media massa? Pihak sekolah? atau pengaruh rakan sebaya??. Isu ini hangat diperkatakan, sama ada di warung kopi, di dada akhbar mahupun di televisyen ibarat goreng pisang panas pula. Bagi saya individu itu sendiri perlu memiliki jati diri yang kuat dalam menempuh apa jua cabaran dalam kehidupan. Jati diri yang ada inilah yang dapat mengelakkan kita daripada isu pembuangan bayi ini. Elakkan diri terjerat ke kancah maksiat, kerana sekali anda terjerat, begitu susah untuk anda keluar. Fikir-fikirkanlah......




  1. Orang lain begitu susah untuk mendapatkan zuriat, pergi ke hulu ke hilir untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan, tetapi individu terbabit pulak tanpa rasa bersalah dan berhati perut membuang bayi.


  2. Tidakkah anda berasa diri dihantui setelah membunuh bayi yang tidak bersalah ini??Adakah hidup anda aman setelah berkelakuan sedemikian??


  3. Adakah anda tidak berasa takut andai suatu hari nanti anda akan berkahwin tetapi tidak dikurniakan zuriat??


  4. Adakah anda rasa hidup anda akan menghadapi kesukaran setiap hari? Itulah balasan yang Tuhan akan beri.

Renung-renungkanlah....Anak itu adalah kurniaan Tuhan, berilah sepenuh kasih sayang kepadanya...Berilah peluang untuk bayi itu hidup dan jangan jadikan ia ibarat sampah yang dibuang di tong sampah dan longkang.

0 comments: